Advokasi Berita Palsu Dan Asas Ict
23 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 22 Februari 2022, petugas PEDi Sebandi Ulu telah mengumpul beberapa orang pelajar sekolah rendah bagi aktiviti Advokasi Berita Palsu Dan Asas ICT. Seperti yang diketahui berita palsu mudah tersebar melalui media sosial dan akan mempengaruhi kanak-kanak yang melayari internet. Mereka perlu diajar tentang kepentingan celik digital, menjadi pengguna bijak di laman sosial, menjadi pencipta kandungan dan pengguna yang bertanggungjawab serta tahu impak penyebaran berita palsu kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara dalam konteks lebih menyeluruh.
Selain itu pendedahan kepada asas ICT juga telah diketengahkan sepanjang kelas diadakan. Antara kandungannya ialah asas penggunaan pendrive sebagai alat storan maklumat. Semoga dengan keberadaan PEDi Sebandi Ulu ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anak-anak dan pengunjung PEDi.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Berita Palsu Di Media Sosial
• Pengetahuan Asas ICT
• Soalan & Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: